Makanan

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan mereka. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Keamatan yang dirayakan setiap tahun pada 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tingal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti majlis perkahwinan dan majlis lain yang diadakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini  lazat, sudah tentu juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.


1.  Hivana

● Hivana merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadzandusun.

● Bahan : Isi Ikan tenggiri yang dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam.


2. Noonsom

● Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu.

● Jenis Noonsom : Noonsom sada, Noonsom bambangan dan Noonsom tuhau.

● Noonsom sada menggunakan ikan air tawar yang dibersihkan dan dijeruk menggunakan  isi buah pangi yang ditumbuk, nasi dan garam.

● Noonsom bambangan menggunakan isi buah bambangan yang dihiris dan dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.

●  Noonsom tuhau memerlukan isi tuhau yang dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.


3. Pinaasakan

● Bahan : ikan air tawar atau ikan air laut, biji kunyit dan halia, sedikit biji asam jawa atau buah asam takob-takob, garam, serbuk perasa dan sedikit air.

● Dibiarkan  mendidih sehingga hampir kering.


4. Sup Manuk Lihing

● Masakan ini lebih dikenali sebagai Sup Ayam Lihing dalam Bahasa Melayu.

● Bahan : Seekor ayam kampung, minuman keras bernama Lihing, hirisan halia, garam dan serbuk perasa.

● Makanan ini sangat sesuai untuk kaum wanita yang baru lepas bersalin.

● Boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian, Kaedah Pembikinan Video dan Video Kumpulan

Senarai Ahli Kumpulan