Kajian, Kaedah Pembikinan Video dan Video Kumpulan
Kajian dan Kaedah pembikinan video
Sebelum proses membikin video, kajian haruslah dilakukan terhadap subjek untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Namun yang demikian, kami menghadapi kekangan dalam melaksanakan kaedah yang lebih meluas dalam kajian ini, akibat daripada penularan wabak virus Korona dan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Ini menidakkan kami melakukan lawatan atau menemu-duga pihak yang berpatutan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Akibat dari sekatan pergerakan ini, kaedah kajian yang kami lakukan adalah dengan sepenuhnya melalui maklumat yang kami perolehi dari internet. Kaedah pembikinan video kami juga adalah terhad. Kami tidak dapat menghasilkan video yang lebih interaktif. Oleh itu, kaedah yang kami lakukan ialah gaya penceritaan melalui rakaman latar suara. Gambar-gambar dan rakaman subjek pula diperoleh daripada internet, lalu disunting bersama suara latar untuk dihasilkan video kajian.
Video Kajian
Comments
Post a Comment