Pakaian-Pakaian tradisi kaum Kadazandusun pada Hari Pesta Keamatan
Pakaian
Antara
tema video kami yang lain ialah pakaian. Di sini kami akan mengkaji
pakaian-pakaian tradisional yang biasa diperkenakan oleh kaum kadazandusun pada
hari Pesta Keaamatan ini. Sebelum senarai pakaian ini di senaraikan, adalah
penting untuk kami mengetahui dan menyusun mengikut pecahan-pecahan suku kerana
setiap suku etnik Kadazandusun ini mempunyai kepelbagaian bentuk uniknya yang
tersendiri
1) Kostum Daerah Penampang
● Sinuangga: Blaus
untuk wanita, bewarna hitam dan tidak berlengan
● Sinompukung: Blaus
untuk wanita petengahan umur berlengan pendek, berwarna hitam dan baldu
●
Kinoingan:
Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya ‘bobohizan’(Rahib
wanita)
●
Bagi golongan
lelaki,pakaian kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang .
●
Tapi:
Sarong panjang berenda ‘siling’, berwarna
hitam
● Siga:
pelbagai corak dan motif pada tenunan
2)
Kostum Daerah Belud
● Sinipak:
Blaus berlengan panjang berwarna hitam.
● Gonob: Pakaian
seperti sarong hingga ke paras lutut.
3)
Kostum Lotud (Tuaran)
● Sukub: Blaus
yang dihias sederhana. Ia berwarna hitam serta berenda kuning keemasan,
mempunyai labuci di lengan kolar dan di depan baju.
● Gonob
hingga ke paras lutut. Linangkit bercorak bunga kemabang suri. Warna utama
adalah warna merah namun ditambah juga warna keemasan, putih, oren dan biru.
● Pakaian
ini turut diserikan dengan sejenis kain penutup kepala si pemakai khususnya
bagi kaum perempuan.
4)Kostum
Kimaragang
●
Baju
Kinaling: Berwarna hitam dengan ikat pinggang
berwarna warni yang dibuat daripada perak dan ada pula yang diperbuat dari rotan
● Kostum
ini ditambah lagi dengan penutup kepala yang diperbuat daripada rotan ataupun
anyaman dari buluh disertai dengan sejenis kain panjang berwarna merah jambu
5)
Kostum Murut Tagal (Keningau)
● Sampayau Pinongkoh: Blaus
yang tidak berlengan
● Tapi: Sarung
berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik berwarna-warni
dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian depan dan
belakang blaus serta sarung.
Comments
Post a Comment