Posts

Showing posts from July, 2020

PENGENALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Image
PENGENALAN Malaysia sebuah negara yang tidak asing lagi dengan keunikan kepelbagaian kaum serta masyarakat yang berbilang bangsa. Kepelbagaian ini menyebabkan munculnya berbagai jenis makanan, budaya serta sambutan perayaan yang terdapat di Malaysia setiap tahun. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana setiap tahun mereka dapat meraikan pelbagai jenis sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina serta Hari Deepavali.      Kepelbagaian perayaan ini membuktikan Malaysia penuh dengan kejutan kerana setiap bangsa, agama dan budaya yang berbeza mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Setiap penduduk di Malaysia pasti tidak akan lupa keistimewaan ini dan merasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Dalam setahun, rakyat serta pelancong-pelancong dari luar Malaysia berpeluang merasai beberapa kali perayaan walaupun disambut oleh masyarakat daripada kaum berbeza, namun boleh dirasai kemeriahannya bersama-sama.     Matlamat pembikinan...

Senarai Ahli Kumpulan

Image
"Bersatu teguh, Bercerai roboh" ADAM KHAIRUN KHAIRUL MIZAM  1723307 AKMAL ZAMIR BIN SAHHARON  1728763 AHMAD HAFIZULAKBAR BIN HASHIM 1812245 MOHD HASSANUDDIN BIN EL-ARISH 1916467 MUHAMMAD AIMAN FIKRI BIN ADNAN 1928611 Add caption Muhammad Hanif bin Rubaine  1729719

Makanan

Image
Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan mereka. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Keamatan yang dirayakan setiap tahun pada 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tingal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti majlis perkahwinan dan majlis lain yang diadakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini  lazat, sudah tentu juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. 1.  Hivana ●  Hivana merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadzandusun. ●  Bahan : Isi Ikan tenggiri yang dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawan...

Kajian, Kaedah Pembikinan Video dan Video Kumpulan

Image
Kajian dan Kaedah pembikinan video  Sebelum proses membikin video, kajian haruslah dilakukan terhadap subjek untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Namun yang demikian, kami menghadapi kekangan dalam melaksanakan kaedah yang lebih meluas dalam kajian ini, akibat daripada penularan wabak virus Korona dan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Ini menidakkan kami melakukan lawatan atau menemu-duga pihak yang berpatutan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Akibat dari sekatan pergerakan ini, kaedah kajian yang kami lakukan adalah dengan sepenuhnya melalui maklumat yang kami perolehi dari internet. Kaedah pembikinan video kami juga adalah terhad. Kami tidak dapat menghasilkan video yang lebih interaktif. Oleh itu, kaedah yang kami lakukan ialah gaya penceritaan melalui rakaman latar suara. Gambar-gambar dan rakaman subjek pula diperoleh daripada internet, lalu disunting bersama suara latar untuk dihasilkan video kajian. Video Kajian

Pakaian-Pakaian tradisi kaum Kadazandusun pada Hari Pesta Keamatan

Image
Pakaian Antara tema video kami yang lain ialah pakaian. Di sini kami akan mengkaji pakaian-pakaian tradisional yang biasa diperkenakan oleh kaum kadazandusun pada hari Pesta Keaamatan ini. Sebelum senarai pakaian ini di senaraikan, adalah penting untuk kami mengetahui dan menyusun mengikut pecahan-pecahan suku kerana setiap suku etnik Kadazandusun ini mempunyai kepelbagaian bentuk uniknya yang tersendiri 1) Kostum Daerah Penampang ●       Sinuangga: Blaus untuk wanita, bewarna hitam dan tidak berlengan ●       Sinompukung: Blaus untuk wanita petengahan umur berlengan pendek, berwarna hitam dan baldu ●       Kinoingan : Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya ‘bobohizan’(Rahib wanita) ●       Bagi golongan lelaki,pakaian kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang . ●       Tapi : Sarong panjang berenda ‘siling’ , berwarna hitam ...

Sambutan

Image
Perayaan Kaamatan biasanya diadakan setelah pertama kali melihat bulan purnama setelah musim menuai selesai. Perayaan ini berlaku dalam banyak peringkat bermula di kampung, kemudian di daerah dan diakhiri dengan perayaan negeri yang berlangsung pada 30 dan 31 Mei. Pesta Kaamatan bermula dengan upacara Magavau. Upacara Magavau berlangsung di rumah tangga individu atau di peringkat kampung. Magavau peringkat kampung dilakukan oleh penatua kampung yang juga termasuk Ketua kampung Bobohizan. Ketua Bobohizan dan penduduk kampung akan melalui ladang sambil mengucapkan doa. Lelaki Bobohizan mengayunkan pedang mereka sementara wanita akan menjadi orang yang membaca doa kerana mereka percaya ini akan mengundang bahagian-bahagian Bambaazon yang sesat, semangat padi, di sawah akan pulang bersama mereka. (Herman, n.d.) Beberapa aktiviti berlaku sepanjang festival Kaamatan tetapi yang paling terkenal adalah Sumazau, Sugandoi dan Unduk Ngadau. Sumazau menari dengan mengangkat kedua tangan pada k...